Nota





Ingatan Buatmu Ya Rasulullah - www.zaharuddin.net by limatujuhlapansatu5781 SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.  Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.  Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.  Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
 
 
SUBUH
 
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.  Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.  Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.    
          Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
          Rakaat kedua     : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma   
 
ZOHOR
 
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.  Seruan itu datang pada waktu gelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
   
          Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
          Rakaat kedua    : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
          Rakaat ketiga    : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
          Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
 
ASAR
 
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.  Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.  Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: 
 
          Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
          Rakaat kedua    : Kelam dengan air laut.
          Rakaat ketiga    : Kelam dengan malam.
          Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
 
MAGHRIB
 
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.  Bersyukurlah Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
           Rakaat pertama  : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
           Rakaat kedua     : Untuk menfikan tuduhan dan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
           Rakaat ketiga     : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
 
ISYA'
 
 Manusia pertama yang mengerjakan solat Isya' ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya perasaan dukacita.  Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isya' yang akhir.  Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
           
         Rakaat pertama :Tanda dukacita terhadap isterinya
         Rakaat kedua    : Tanda dukacita terhadap saudaranya Harun
         Rakaat ketiga    : Tanda dukacita terhadap Firaun
         Rakaat keempat:  Tanda dukacita terhadap anak Firaun 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 ulasan:

  1. Sempurnakanlah hidup kita dengan menunaikan solat lima waktu. Syabas nota yang cukup lengkap.

    BalasPadam
  2. Solat itu tiang agama, jika solat diabaikan ibarat rumah yang tidak bertiang dan akan runtuhlah rumah itu...

    BalasPadam