Jumaat, 28 Disember 2012

PERISTIWA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad dilahirkan pada Hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 570 Masihi.

Semasa dilahirkan Nabi Muhammad tidak menangis tetapi hanya bersin.  Keadaan rumah Nabi terang-benderang dilimpahi cahaya, manakala api sembahan agama Majusi di Rom dan Parsi terpadam. 

Selepas dilahirkan beberapa peristiwa telah berlaku kepada Nabi, antaranya ialah malaikat membelah dada Nabi ketika berumur empat tahun.

Khamis, 29 November 2012

ISTINJAK ITU APA...?

Kali ini kita lihat pula, Apa maksud Istinjak?


Istinjak ialah:
  • Membersihkan qubul dan dubur dengan air mutlak
  • Sekiranya tiada air, benda-benda kesat pun boleh digunakan

Istinjak dengan Air: -
  • Siramkan air mutlak, gunakan tangan kiri
  • Basuh qubul atau dubur gunakan tangan kiri
  • Basuh hingga bersih

Istinjak dengan Benda Kesat: -
  • Guna sekurang-kurangnya 3 biji batu atau benda kesat
  • Gosok pada qubul atau dubur sehingga diyakini bersih

Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak sekiranya ketiadaan air :-
  • batu
  • daun kering
  • kulit kayu
  • tisu

Isnin, 26 November 2012

7 PUNCA AIR

PEMBAHAGIAN AIR

Pembahagian air yang boleh digunakan untuk bersuci
  1. Air sungai
  2. Air laut
  3. Air hujan
  4. Air perigi
  5. Air embun
  6. Air mata air
  7. Air salji


Feadah Bersuci

Setelah kita mengetahui apa itu Konsep Bersuci..
Kita lihat pula apakah faedah-faedah bersuci dalam kehidupan kita seharian

Faedah Bersuci ialah :
  • ia melatih kita berdisiplin
  • kita juga akan sentiasa bersih
  • dan kita juga akan disenangi rakan
Kalau begitu, tentu kita akan mendapat pahala..?

Ya...Betul tu, sudah tentulah...bukan itu sahaja
  • ibadah kita juga akan diterima oleh Allah
  • penyakit juga dapat dijauhi
APA AKAN TERJADI JIKA KITA TIDAK BERSUCI?
  • kita mudah dijangkiti penyakit
  • ibadah kita juga tidak sah
  • kita akan dibenci oleh rakan-rakan
  • dan, kita akan mendapat dosa

Rabu, 21 November 2012

KONSEP BERSUCI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dalam blog ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa PENTINGNYA bersuci dalam kehidupan kita seharian.  Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap pula tatacara pengamalannya.
 
      Bersuci atau Taharah merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang Islam kerana itulah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.    "Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh badan, pakaian dan tempat "
 
Bersuci pada tubuh badan
  • mandi
  • menggosok gigi
  • berwudhu'
  • beristinjak
Bersuci pada pakaian
  • membasuh pakaian seperti baju, seluar, kain dan sebagainya
  • menghilangkan kotoran
Bersuci pada tempat
  • menyapu lantai
  • mengelap lantai
Kita WAJIB bersuci dan menjaga kebersihan kerana hukum bersuci adalah WAJIB bagi muslim.

Kewajipan bersuci ini hendaklah diajar dan diterapkan kepada anak-anak kecil sama ada anak sendiri mahu pun anak didik di sekolah.
 
Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakan ibadat dan sebagainya, maka solatnya tidak dikira sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.
"Ibarat rumah apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap hanya menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya."
 
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya:  "Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agama."