Rabu, 21 November 2012

KONSEP BERSUCI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dalam blog ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan betapa PENTINGNYA bersuci dalam kehidupan kita seharian.  Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap pula tatacara pengamalannya.
 
      Bersuci atau Taharah merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang Islam kerana itulah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.    "Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh badan, pakaian dan tempat "
 
Bersuci pada tubuh badan
  • mandi
  • menggosok gigi
  • berwudhu'
  • beristinjak
Bersuci pada pakaian
  • membasuh pakaian seperti baju, seluar, kain dan sebagainya
  • menghilangkan kotoran
Bersuci pada tempat
  • menyapu lantai
  • mengelap lantai
Kita WAJIB bersuci dan menjaga kebersihan kerana hukum bersuci adalah WAJIB bagi muslim.

Kewajipan bersuci ini hendaklah diajar dan diterapkan kepada anak-anak kecil sama ada anak sendiri mahu pun anak didik di sekolah.
 
Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat ia mengerjakan ibadat dan sebagainya, maka solatnya tidak dikira sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama itu tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian daripada Allah.
"Ibarat rumah apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap hanya menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya."
 
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya:  "Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agama."
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan